Pengenalan,
Bila kita merancang sesuatu perjalanan itu mestilah diatas sesuatu sebab musabab. Kemana, kenapa dan apa yang ingin dicapai adalah persoalan yang biasa kita utarakan sebelum merancang sesuatu perjalanan. No matter what all is about self-satisfaction. Kemana tempat yang akan dicatatkan disini adalah sebahagian dari Indo-Chine iaitu negara Cambodia bermula dari Siem Riep hingga ke Phnom Penh. Kenapa tempat ini menjadi pilihan, kerana pertalian perjalanan daripada senibina Borobudur ingin dilanjutkan kepada senibina Angkor Wat. Mengapa? kerana pencarian untuk menjawab segala persoalan diatas pemerhatian dan pembacaan sejarah yang telah menjadi minat dari azali lagi. Kunci katanya ialah kesinambungan ketamadunan budaya orang-orang Melayu asli yang maju mendahului zaman dan sistem pemerintahan raja-raja Melayu yang sistematik, berpengaruh dan kaya-raya yang mana telah digelapkan daripada pengetahuan orang-orang Melayu itu sendiri.
Ok...cukup yer...nak tahu lanjut gi buat kajian sendiri....here I just want to sharing my journey to the land of Wats. Sila tengok bendera negara pun ada gambar Angkor Wat.
|
Cambodian Flag |
6 November 2014
Perjalanan bermula dari Johor Bahru, melalui penerbangan dari JB-KL-Siem Reap. Terpaksa mengambil penerbangan terakhir dari JB-KL, oleh kerana tiada penerbangan terus dari JB dan penerbangan awal dr KL adalah pukul 6.10 pagi, terpaksa bermalam di KLIA2. Kalau terpaksa bermalam pun tak apa pasal ramai lagi yang tidur bergolek-golek di lantai KLIA2 tu. Nak ambil bilik atau tempat tidur sementara pun macam tak berbaloi. Nak senang terus check-in awal dan melepak di departure hall yang canggih tu.
7 November 2014
Penerbangan ke Siem Riep mengambil masa dalam 2 jam. Tiba di Siem Riep International Airport lebih kurang pukul 7.10 pagi waktu tempatan dimana waktu Malaysia adalah 8.10 pagi. Turun flight sediakan pen yer kerana ada borang yang nak kena diisi, macam dokumen visitor visa dll dan pastikan ada alamat tempat penginapan atau tempat yang nak dituju. Apa yang menarik disini, sistem imigresen mereka agak canggih, lima-lima jari kena scan, memang tak pernah experience sebelum ni.
Tips:
- Disini, waktu adalah satu jam lambat dari waktu Malaysia, jadi sila adjust jam anda.
- Matawang yang digunakan disini adalah RIEL Cambodia, tetapi 90% transaksi akan menggunakan Dollar America. Jadi apa yang patut dibuat ialah tukar RM ke USD di Malaysia dan dilapangan terbang Siem Riep tukar sedikit RIEL dalam RM50 sahaja untuk beli jajan di tepi jalan. Memang terasa agak mahallah, negara tak berapa maju guna USD, semua barang jadi mahal.
Selepas keluar dari departure hall, kami terus dapatkan pemandu Tuk-Tuk (motosikal 3 roda) yang telah ditempah awal. Ini diantara pengangkutan awam yang paling glamer disini dan sangat murah. Tempahan telah dibuat melalui e-mail, jadi senang tak payah nak cari pengangkutan lain. Kos perjalanan 3 hari ni, lebih kurang USD60. Nanti update bila I dah dapat contact diaorg yer...lupa letak mana.
Tips:
- Tempah Tuk-tuk awal, boleh tengok diblog-blog yang ada. Biasanya mereka boleh berbahasa Melayu kerana mereka keturunan Melayu Champa. Kos untuk 2-3 hari perjalanan siap disediakan mineral water adalah 40-60USD.
- Oleh kerana Tuk-tuk ni motor beroda 3, untuk mengelakkan habuk pakailah mask. Al-maklum jalan diaorang punyalah berdebu. But be real, it is a new country just free from the war. Jadi banyak pembangunan yang sedang dan akan berlangsung.
|
TUK-TUK, selesa untuk 2-3 orang sahaja. Tetapi yang bestnya siap ada Ice-box tu untuk supply mineral water untuk guest. nampak tak box orange tu...kadang-kadang siap ada kuih muih belanja kitaorang lagi. |
|
Driver Tuk-Tuk kitaorang, tengok tu dia pakai T-shirt apa? Fasih jugak bercakap Melayu dan pernah bekerja di Johor. Orang Melayu Champa kita jugak....saudara jauh kita di IndoChina. |
Itinerary kami untuk hari pertama:
War Museum - Halal Lunch- Check-In Hotel- Cambodian Cultural Village
(Boleh masukkan Tasik Tonle -Sap, kalau nak tengok tasik terbesar yang menawarkan sumber makanan untuk penduduk Cambodia, serta penempatan terapung untuk penduduknya. Kami tak memilih destinasi ini pasal tak berapa minat nak tengok buaya dengan air yang berkeladak tu)
The Cambodian-Vietnamese War, adalah siri peperangan yang panjang iaitu bermula dari tahun 1979 hingga 1991 sebelum terbentuknya negara bebas rakyat Cambodia atau Kamphuchea seperti sekarang ini. Sebelum itu negara ini bergelut dengan pemerintahan kuku-besi Khmer Rouge yang mana menjalankan penyebelihan manusia beramai-ramai atau dikenali sebagai Cambodian Genocide. Sedihkan, sebab itu semasa tahun 80an dulu ramai orang-orang Kamphuchea Islam lari ke Malaysia untuk mendapatkan perlindungan suaka daripada kerajaan kita. Muzium ini adalah catatan sejarah yang panjang bagi kemelut hasad peperangan atas ketamakkan kuasa. Well...learn the lesson guys!!!
Seterusnya kami menuju tempat untuk makan tengahari, restoran halal disini adalah terhad, dan kebanyakkan dimiliki oleh orang Islam keturunan Melayu Champa. Salah satu restoren tersebut terletak di kawasan penduduk Melayu Champa.
|
Masjid Penduduk Melayu Champa di Siem Riep
|
Inilah antara kedai makan muslim yang ada, siap disediakan tempat sembahyang senangkan. Kami order daging naik bukit nak tengok macamana diaorang masak. Makanan-makanan mereka memang sedap belaka, boleh try kari Khmer, lain banyak dari kari yang kita masakler dan give spark to our taste bud...not bad.
|
Sedang memasak daging naik bukit atau lok lak...lebih kurang macam tu ler bunyinya |
|
Tengok tu daging tengah mendaki bukit...huhuhu, kuali tu yang meninggi di tengah |
|
Nicely done...thanks to the sweet gal |
|
Minum petang...kuih muih orang Melayu Champa |
|
Diaorang memang suka makan pulut... |
|
Ini pun sedap tapi tak ingat apa benda ni |
Seterusnya kami ke hotel penginapan, sambil tu sempat lagi ambil gambar dibandar tersebut. Banyak kedai-kedai yang menarik, memang takder ler shopping mall yang grand kat sini. Tetapi disini banyak sangat pasar-pasar menarik terutama diwaktu malam...happening sungguh.
|
Kudai-kedai elektrik...maunya barangan elektrik tu berabuk sakan |
|
Ini minyak petrol..senang saja pakai botol mineral |
|
Gerai jual Petrol untuk motor...di Malaysia saja yang tak ada |
|
Kedai Runcit di tepi jalanan |
|
Antara Guest house yang ada |
|
Gerai Minuman bergerak |
|
Dia jual air tepi jalan tapi dia pun sendiri pakai topeng muka... |
|
Kedai Dobi- tengok tu diaorang jemur diluar sahaja..ada berani nak hantar |
|
Kedai jahit, kalau nak tempah baju bolehlah cuba |
|
Gerai kunci, kalau kunci motor hilang boleh lah buat kat sini huhuh |
|
Barisan Tuk-Tuk dikawasan hotel utama |
|
Permandangan biasa dijalan utama pusat bandar Siem Riep...Berdebu & berabuk...sebab tu orang sini kebanyakkan pakai topeng mula...Land of Zorro... |
Cambodian Cultural Village
Selepas melepaskan lelah beberapa jam (sempatlah tidur) di hotel (for info: hotel penginapan kami kena buka kasut bila masuk di dalam hotel) waktu petang kami menuju ke Perkampungan Budaya Cambodia. Tempat ini berkeluasan 210,000 meter persegi yang menempatkan komplek-komplek yang menonjolkan sosio-budaya orang-orang Cambodia. Ianya terdiri daripada Muzium Lilin (Wax), Perkampungan Cham, Cina. Kroeng, Khmer, Phnorng, Teater dll lagi. Di tempat ini pelbagai persembahan kebudayaan dipertontonkan untuk pengunjung diteater-teater kecil bagi memahami budaya setempat. Paling istimewa ditempat ini adalah persembahan teater musikal berskala besar yang diadakan diwaktu malam melibatkan lebih daripada 100 penghibur. Teater musikal ini mengisahkan raja besar King Jayavarman 7 yang dipercayai sebagai arkitek utama pembangunan Angkor Wat.
- USD15 seorang untuk tiket masuk bagi warga asing.
- Kanak-kanak dibawah 1.1 meter, masuk adalah percuma.
- USD5 untuk pemandu pelancong (Tourist Guide)
- Maklumat lanjut sila layari, http://www.cambodianculturalvillage.com/en#achor
|
Pamplet Cambodian Cultural Village |
|
Entrance of Cultural Village |
|
Hiasan bunga di pintu masuk |
|
Hiasan bunga di pintu masuk |
Muzium Lilin (Wax Muzeum)
|
Tarian Apsara |
|
Apsara Sampeah, look at Headgear, macam biasa aku tgk yer... |
|
Tour Guide kami sedang membuat penerangan budaya di Cambodia |
Kawasan Perkampungan
Salah satu persembahan teater mini yang menunjukkan budaya perkahwinan orang-orang Khmer
|
Warga emas yang berpakaian tradisional baju putih dan kain sarung |
|
Faces of Future Cambodian
|
Big Theatre: Performance King Jayavarman 7
Tahniah!!! Persembahan dan Costume yang menarik. Habis persembahan terus balik kerana esok awal pagi akan melawat Angkor Wat. Yeah!!!!