Mandilah antara bendera merah kuning saja yer... |
Kalau nak mandi kat GC ni kenalah mandi kat tempat-tempat yang ada bendera kuning merah. Lifesavers akan kibarkan bendera tertentu dan perbezaan warna melambangkan maksud tertentu. Macam dalam foto pertama tu. Bendera merah kuning maksudnya selamat untuk mandi dan arus takler deras sangat...so selamat untuk keluarga serta kanak-kanak mandi. Tapi kalau dah keluar bendera warna merah maksudnya arusnya sangat deras jadi berhati-hatilah or better don't take risk to swim on the beach at this time....dangerous.
Kalau warna biru tu maksudnya kawasan yang dibenarkan untuk surfers meluncur or surfing. So diaorang tak ler kacau kawasan awam bermandi-manda.
Surfers jangan nak masuk kawasan awam mandi ok, korang boleh surfing dimana-mana saja |
Yang paling best kat sini sentiasa ada lifesavers yang sentiasa memantau dan sangat cekap mengambil tindakan kalau ada apa-apa masalah yang berlaku. So diaorang akan bekerja dari pukul 9.00 am sampai 5.00 pm. Kebanyakkan mereka ni pun volunteer basis tak der gaji so kita respect gaklah kat diaorang ni. Selain tu diaorang pun akan menggunakan kenderaan seperti jet-ski, boat atau helicopter dalam operasi menyelamat.
In case ada emergency biasanya diaorang terus lari dan capai surfing board ni |
Lifeguard Tower tapi biasanya diaorang standby kat dalam truck |
Jangan tak baca info pasal air laut ni, masa pasang surut, suhu air & keadaan ombak |
Kemudahan lain kat pantai diaorang ni memang OK. Public toilet sentiasa bersih dan ada paper (hehehe pasal omputih ni tak tau cuci pakai air lepas berhajat... jadi sapa yang concern standby ler air dalam botol buat istinjak....). Tempat mandi air tawar pun ada dan biasanya open untuk bilas badan....tapi dipantai-pantai utama diaorang memang ada sediakan tempat tertutup untuk tukar baju dan biasanya attach dengan public toilet. So jangan bimbanglah kalau ke GC ni pergilah menikmati air Lautan Pasifik ni.....dan highly recommendation during summer time...perghh best.... Tapi kalau rasa-rasa nak mandi time winter pun boleh jek....tetapi awas kalau beku tanggung sendiri or pakailah surfing suit for whole body so boleh hangatkan badan.
Apa- apa pun akak ingatkan "SWIM WITHIN THE FLAGS"
No comments:
Post a Comment