Sesiapa yang nak ke Singapura dan melalui Second Link, Tuas dan menuju ke kota Singapura bolehleh singgah sebentar untuk solat dan melawat diantara tanah terakhir milik kerajaan Melayu Johor moden. Ianya terletak di Telok Blangah Road.
Senang cerita betul-betul berhadapan Vivo City (shopping mall yang ada segala bagai barang untuk pelaburan yang memunahkan hehehe). Selain tu sesiapa yang nak happy-happy ke taman tema femes Universal Studio di Pulau Sentosa tu, masjid ni sangat berdekatan ke simpang nak masuk ke jalan taman tema tu.
Jangan terperanjat, bendera Johor berkibar megah disini kerana kawasan ini masih didalam jajahan tanah Johor dan diselenggara oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
Di bawah ada gambar kegunaan asal di atas tanah tersebut iaitu Istana Temenggung yang 30 tahun lebih awal pembinaannya daripada Istana Kg. Gelam yang sekarang dah jadi Malay Heritage Centre.
|
No comments:
Post a Comment