Monday, May 2, 2011

Great Escape to Noosa Heads, Sunshine Coast


Bila dah malam malas nak buat kerja-kerja sekolah dan dah mula rasa bosan mulalah browsing gambar-gambar lama yang dah menimbun-nimbum dalam external drive ni. Dah tu terpandang pulak ada video clip trip ke Sunshine Coast yang dianjurkan oleh krew-krew yang bermacam ragam  tapi kepala best.. Jadi saya pun upload lah kat blog ni untuk dikongsi bersama-sama kalau korang rasa takder benda nak buat hehehe...
. 
Sunshine Coast ini terletak lebih kurang 1 jam perjalanan daripada Brisbane atau dari Gold Coast mengambil masa lebih kurang  2 jam setengah masa perjalanan dengan memandu melalui Bruce Highway. (sila sewa kenderaan dengan GPS yer...tak payah sibuk-sibuk buka peta). Di sini terletaknya Noosa Head iaitu antara tempat pelancongan yang mempunyai pantai-pantai diantara yang tercantik di Queensland ini. Ianya terletak ke arah utara daripada bandar Brisbane (sebenarnya ikut signboard ok jek even no GPS pasal arahan signage tu clearlah jugak janji ikut Bruce Highway yek).  Di Noosa  ini  mempunyai  pelbagai jenis penginapan yang  terdiri daripada caravan park yang menyediakan camping site (lengkap dengan tampat mandi, masak/bbq & ada elektrik) atau cabin serta dari budget motel hinggalah kepada hotel 5 bintang. Tapi kami lebih suka memilih cabin yang menwarkan penginapan untuk 6-7 orang serta lengkap dengan segala kemudahan memasak. Pendek kata bawak makanan jeklah...sudu,garpu, pinggan mangkuk, kuali segala bagai semua lengkap (sesuai sangat untuk keluarga yang terdiri lebih dari 4 orang). Saiz kabin ini juga pelbagai bergantung kepada berapa orang yang hendak menginap). Lihatlah cabin kami di Perigian Beach caravan Park dan dekat jek dengan laut dan deretan kedai di Perigian Centre (teringat masa ni saya gi trip dalam keadaan  pokai sebenarnya...parah betul tapi mana boleh tinggal hehehe, nasib crew member time tu Che As tengah masyuk....thanks uolss)

Perigian Beach Caravan Park (dah sampai tempat melepak, lega....)

Semasa trip kali ini kami memilih Collum Beach untuk bermandi manda konon jauh sikit dari  cabin pasal  nak rasa puas naik kereta Ford sebab tu suka nak ulang-alik. Aktiviti kami merangkumi bermandi manda hingga penat digulung ombak. 
Collum Beach
Lepas tu sambung dinner serta bbq sehingga tengah malam, (tempat bbq  disini disediakan lampu sebab tu tak bimbang walaupun berborak pasal hantu-hantu di Malaya.....ish ish korang ni  tahyul semua tu). 
Tetaplah bbq ayamnya...patutnya lelaki yang kena bakar ayam tu tapi kenapa akak jugak dok sibuk??

Siap ada calamari rings & chips...puas makan....

Kalau dah menginap ditempat-tempat macam ni ambil lah kesempatan berjalan-jalan semasa matahari mula terbit memang seronok sambil menghirup udara nyaman. Tapi sebelum jalan tu crew semua kenalah isi perut dulu dan pada masa kami berjalan di Sunrise Beach perghhhhn matahari dah mula memancor (ckp orang Perak) memang panas tapi seronok sambil tengok Aussie ni panas-panas gi surfing....


Sunrise Beach...nampak matahari kat mana tu??
 

Perigian Beach

Destinasi utama crew kali ini adalah Noosa Head dimana terletaknya Noosa Beach dan Noosa National Park. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah jungle trekking yang mempunyai pelbagai trek pilihan. 

  
Mengikut  suara ramai kami mengambil jalan pantai jekk (kureng ler mencabar pasal  muka memasing  dah mula rasa penat) tetapi. memang puashati pergghhh view meletopsss ataupun boleh ikut trek berbukit yang lebih mencabar (kalau nak test power lerr hehehe)



. 


Di National Park ni juga mempunyai beberapa teluk  (sila tengok kat peta yang disertakan) dan  yang menjadi pilihan kami ialah  Tea Tree Bay dimana pantainya kurang berombak dan mandi disini  kira heaven lah & boleh relax dengan floating gaya terlentang (highly recommended). Tapi ada krew kami yang dah berat mata (almaklum ler diamanahkan tugas sebagai driver) tidur bawah pokok dan sampai tak sedar tidur dengan biawak kat situ....eehhh geli weehhh.
Tea Tree Bay
Di sini juga terdapat syurga untuk membeli-belah yang terletak di Hasting Drive. Segala macam jenama ada termasuk items designer malahan ada crew kami dapat discount sunny Marc Jacob up to 70% (murah tuu...). Kat sini macam-macam adoo...restauranta, cafes, food court. boutiques dan survenir shops. 
Aktiviti shopping ni yang korang paling suka kan....

Daripada informasi yang diperolehi kebanyakkan penduduk disini sangat prihatin terhadap pembangunan di Noosa Head dimana mereka ingin mengekalkan pembangunan seperti yang sedia ada dan  tidak membenarkan pembangunan bangunan bertingkat yang melebihi 5 tingkat.. Rumah-rumah terdapat disini kebanyakkannya bertumpu di pantai dan mempunyai rekabentuk yang sangat menarik dan nilainya bermula daripada AUD650,000 hingga jutaan dollar (dah kata orang Real Estate tetap gak selak-selak brochure  harta tanah dan  menjeling harga-harga rumah kat sini while dreaming i am one of the owner hehehe).

Tapi apa-apa pun memang kami sangat gembira dengan trip ke Sunshine Coast ni....memang puas hati jikalau ingin mencari suasana yang lebih santai serta kelainan daripada pantai-pantai yang terdapat di Gold Coast. Sehinggakan ada crew member kami yang berangan-angan untuk buat penulisan tesis di sini (apa korang ingatkan tulis novel cinta hahaha mau nyer lagi tak menulis pasal tempat ni seronok sangat). Oleh itu  silalah tonton video trip ini hasil kreativiti crew member cum photographer kami  yang tuff iaitu Zuki (mohon kebenaran masuk blog ni yek) dan gerenti anda akan teruja atau pun elehh itu jek...oohh pastinyer tidak yer.... To Zuki thanks my dear, we really like this video so much..& yang penting kami HAPPY & PUAS.....