Tuesday, September 1, 2015

Gardens By The Bay, Singapore



Latest attraction by man creation in Lion City ......Gardens by The Bay...

Taman ini sebenarnya terletak di atas laut....hehehe asalnya tempatnya laut tapi dah di tambak untuk dibuat peluasan bandar baru. Jadi diaorang buat taman besar & tanam pokok-pokok dulu supaya lebih nampak asli sebelum ada pembangunan ditempat baru ni. Geniuskan perancangan bandar diaorang...tersusun dan lestari  

Di sini kerajaan Singapura membelanjakan berjuta-juta dollar bukan lemon yer untuk membina sebuah taman yang mengandungi pelbagai spesis flora & fauna. Segala macam pokok-pokok seperti orkid, paku-pakis dari hutan hujan tropika ada disini (aku rasa banyak diaorg ambik dari hutan Malaysia pasal pokok-pokok yang ditanam dah sedia besar). Mereka juga menanam pokok-pokok daripada benua yang ada kat dunia ini. Sesiapa yang berminat dengan alam semula jadi dan nak lihat secara dekat tanpa susah payah naik turun gunung atau mengembara ke luar negara....marilah mengembara di Taman di Tepi Teluk ini (teluk buatan sangat...). Bagi maklumat lanjut sila ke http://www.gardensbythebay.com.sg

Berikut adalah yuran masuk ke pusat konservatori dimana bukan rakyat Pulau Singa ni kena bayar dalam SGD28 dan boleh masuk 2 pusat kenservatori yang ada. Kalau tak mahu masuk pun boleh jalan-jalan di luar sahaja yang mana banyak spesis orkid di tanam di pokok-pokok besi buatan manusia tu secara PERCUMA!!!. Ataupun naik Skyway cuma bayar SGD5 sahaja dan menikmati permandangan kota Singa ini dari atas jembatan gantung. Oleh kerana teluk ini berdekatan laut, terasa angin kuat juga bertiup bila berada di atas jembatan gantung ni, kadang-kadang naik seram gak....tapi jangan bimbang kerana ada petugas yang akan memantau OK. 





Garden Admission

Access to the Outdoor Gardens in Bay South is free.
Tickets to the Cooled Conservatories and OCBC Skyway may be purchased at the Ticketing Hub. Admission rates are as follows:
Admission Rates*
AttractionAdultSenior Citizen 
(≥ 60 years old)
Child 
(3 - 12 years old)
One Conservatory
Local Resident Rate**
$12
$8
$8
Two Conservatories
Local Resident Rate*
$20
$15
$12
Two Conservatories
Standard Rate
$28
$28
$15
OCBC Skyway
$5
$5
$3
Outdoor Gardens Audio Tour
$8
$8
$3
Shuttle Service
$2
$2
$2

Interactive area...menarik perhatian kanak-kanak

 
Di bawah ini adalah pusat konservatori untuk flora dari benua-benua lain 













Berikutnya sebahagian kecil bunga-bunga yang ada di dalam taman ini sampai tak larat nak ambil gambar...punyalah banyak





















 

Ini pula di konservatori untuk hutan hujan tropika (rainforest jungle). Terdapat air terjun buatan yang agak tinggi. Jadi kita perlu naik ke aras yang paling tinggi dan menggunakan pathway yang disediakan untuk menurun. Pada masa yang sama menikmati flora yang ada di konservatori ini terutama spesis orkid. Malangnya oleh kerana dah gelap tak banyak gambar yang boleh diambil oleh kamera yang ada.



Air terjun buatan yang sentiasa bertukar warna

Jembatan di atas dari pandangan bawah
Dari pandangan atas ke bawah pula
Jembatan yang mengunjur keluar sebagai pathway



 







Permandangan daripada Skybridge di waktu malam, boleh nampak secara jelas limpahan cahaya daripada kota Singa ini.




Dibelakang jelas cahaya dari Marina Baysand Hotel

Eye of Singapore, biggest ferris-wheel in the world

Marina Bay Sand Hotel & Shopping Mall
 
Upclose of the tree top structure

The Tree-Top

The tree-top view with the conservatory