Thursday, May 7, 2015

Bandung... Jalan-Jalan dengan Mak (Part 1)

Salam Semua...entry kali ini adalah ke Bandung yang dibuat pada awal tahun 2014. Entry ini adalah complimentary daripada Trans Java trip yang dibuat pada bulan Ogos 2014. Sebenarnya trip Bandung ini ada dua tujuan:

Ibunda Ceria, Kami Enjoy!!!!
  • Pertamanya untuk membeli-belah sakan dan cari kain baju kurung yang glamour berlacey-lacey ala-ala Cik Taa kononnyalah. Kenapa akak nak glamour pasal adik bongsu akak nak kawin dalam pertengahan tahun. Itu jek tujuannya tapi kalau dah sampai Bandung banyak wehhhh tempat yang boleh berwisata. 
  • Keduanya oleh kerana udah lama tak bawak ibunya berwisata ke negara orang...asyik akak jek yang dihantar ke airport...hehehe. So apa salahnya kita bawa ibu-ibu kita jalan2 sekali sekala...seronok gak... dan yang pastinya aku tak akan berbackpacking ler. Amaran: tak boleh pakai terjah sesuka hati aku jek. Kena pastikan keselesaan ibunda kita wehh.
Flight OK, Hotel OK...Pak Supir errrrkkkk jem kejap...tak apalah nanti cari kat sana... bz ler tak sempat nak rekke...

Hari pertama,

Dari JB ker Bandung ambil masa lebih kurang 2 jam penerbangan dengan Air Asia..."Everyone Can Fly". Tiba sahaja di Lapangan Terbang Husein Sastranegara Bandung, terus terjah teksi. Lapangan terbang di Bandung ni biasa sahaja tak ler besar mana, tetapi baru perasan ianya berada di kawasan kem tentera udara diaorang.

Bagi mendapatkan perkhidmatan taksi, keluar sahaja daripada balai ketibaan, belok kiri terus jalan keluar untuk cari dock teksi Bluebird. Beli tiket berharga Rp. 20,000 untuk satu teksi untuk ke bandar Bandung atau terus ke hotel penginapan. Di luar balai ketibaan juga ada syarikat yang menyediakan tour untuk kenderaan dan pak supirnya. Harga pun boleh tahanlah ok....tapi wisata di Bandung ni rata-ratanya kos kenderaan+supir agak mahal berbanding ditempat wisata yang lain. Agaknya pasal orang Malaysia berduyun-duyun datang dan memborong kain kat sini kot.....

Lokasi hotel penginapan kami memang sengaja kami cari yang berdekatan dengan Pasar Baru. Oleh kerana kami sampai agak petang, kami cuma memusing dikawasan sekitar sahaja dan diPasar Baru (wink-wink) sebelum kedai-kedai ditutup pada pukul 5.00 ptg.

Hotel-Dekat-Pasar-Baru-Trade-Center-Bandung
Ni lerr tempat orang Malaysia shopping berbondong-bondong...besor gilos 3 hari 3 mlm pun tak boleh habis....
Penginapan kami adalah di Zodiak Hotel di Jalan Kebun Jati....hotel masih baru, selesa, harga sederhana, semalam cuma RM80++ cuma tak disediakan sarapan. Boleh check guna Agoda untuk pilihan hotel.

Malam pertama baru terpikir untuk cari kenderaan dgn pemandu. Kelam kabut gak lah bertanya. Kalau tak pergi dgn mak, mau pakai rembat motosikal jek...tetapi dgn ibunda kena pastikan keselesaan mereka. Di hotel penginapan juga ada menyediakan perkhidmatan pemandu tetapi agak mahal. Akhirnya info daripada kawan, dapat gak pemandu untuk berwisata (maksudnya melancong daaa) esok harinya.

Info: Pemandu + kenderaan (Avanza, Grand Livina tgklah berapa org yg nak naik) untuk 12 jam.
         Anggaran sewa diantara Rp.400,000-Rp.600,000.
         Tol, kos parking & driver lunch...kitalerr kena cover...

Tak macam di Cambodia...kita tak perlu bayar untuk makan tengahari...diaorang dah masukkan didalam kos kenderaan itu sekali....ehh ehh..apsal tercerita bab Cambodia...itu tungguuuu....

Jadi suruh jek pak supir mutar-mutar ke ceruk mana pun di Bandung ni ghituhlah harganya. Brush up your art of bargaining skill in Bandung...surely you desperately need particular skill...hehehe

Finally, kami guna perkhidmatan Pak Nanang (no tel:+6282115853354) dan dapat dalam Rp.500,000 untuk 12 jam/sehari. Apa yang penting ibu-ibu kami selesa dengan Pak Nanang ni....I rest my case...ZZZZzzzz

Get Set...& Go!!!!

Hari ke 2,

Itinerary hari ini adalah menuju ke Kawah Putih atau White Crater yang terletak di Ciwedey 50km ke arah selatan bandar Bandung. Kawah ini terakhir kali meletus pada tahun 1600...lama tuu...kira dah tak aktif. Oleh kerana terletak di Gunung Patuha, ketinggiannya adalah 2,430 meter dari atas permukaan laut.

Menuju ke Kawah Putih...,mesti melalui Kabupaten Bandung

Permandangan sawah padi bukit yang menghijau...boleh hilangkan stress

Sebab tu semakin tinggi kenderaan mendaki (bukan trekking yer..) udaranya semakin sejuk & segar lebih kurang 10 darjah celsius...terasa macam musim bunga di Eropa lak...nyaman....
Jalan yang makin menaik...
Tengok pokok-pokok yang tinggi menegak di atas gunung...floranya memang lain berbanding ditanah rata....
Sampai di pintu masuk kawasan Kawah Putih, kenderaan kami kena parking. Seterusnnya kami kena naik kenderaan lain yang dipanggil  "ontang-anting" untuk ke Kawah Putih. Naik ontang-anting rasa macam nak terpelanting terkeluar...dah macam naik roller -coaster, kena pegang kuat2 pemegang di kerusi tp syok gak & boleh jadi pening lalat)
Ontang-anting yg boleh buat org terpelanting...tp setakat ini belum ada yg terpelanting ler...mungkin nyaris jek...

Info: Tarif masuk Kawah Putih: Rp.50,000 seorang untuk pelancong luar atau dipanggil wisatawan mancanegara
         Kos "ontang-anting": Rp.15,000 seorang untuk pergi & balik
         Kos parking kenderaan 4 roda: Rp.6,000


Depot "ontang-anting"

Entrance Kawah Putih untuk kawasan parking di bawah & tempat mula naik ontang-anting

Perjalanan dari pintu masuk hingga ke tempat kawah putih mengambil masa lebih kurang 20-30 minit...laju jek driver tu bawa kat jalan yang macam ular kena palu tu. Tapi jangan bimbang diaorang ni expert.

Tiba di kawasan ini, anda akan nampak peniaga yang menjual penutup mulut. Menggunakan penutup mulut amat digalakkan kerana bau belerang atau sulfurnya amat menyengat. Tetapi biasanya driver akan sediakan atau bawa dari rumah, save budget.
Wajib shot photo kat signage ni

Kedudukan Kawah Putih yang terletak diantara 2 gunung

Permandangan dikawasan kawah ini sangat menakjubkan...al maklum memang sebelum ni belum pernah jejak kaki ke kawah gunung berapi. Memang ada rasa jakun sikit hehehe.

Nampakkan air kawah ni putih kehijauan. Ini kerana kandungan asidnya sangat tinggi diantara pH 0.5-1.3 (ko jangan kata rendah lak pasal nombor dia tak banyak...tak faham pergi buka buku sains panduan). Proses ini menyebabkan warnanya berubah dari biru ke putih kehijauan. Perubahan warna ini juga bergantung kepada kepekatan sulfur dan suhu pengoksidaannya...Tak caya gi google....

Happy wehh mak kitaorang...ditangga menurun menuju ke kawah
Tengok jek gambar-gambar awesome kat sini....cuma kamera jek kurang awesome ...bolehlah beb...

Ramai orang kan...kena pandai cari angle untuk shot photo
Bila tengok benda cantik kena sebut "SubhanAllah"...
Nak try berenang ok jek tp kalau jadi telur rebus tanggung sendiri....
Jangan lupa melawat Gua Belanda ni....tapi jangan duduk lama2 pasal ada beruang kat dalam...hehehe

Ada santapan halwa telinga drpd alat muzik tradisional

Bila keluar jangan lupa beli ole-ole, especially strawberry tu..ada yang fresh dan juga yg kering...it is  looks yummy...


Antara tempat menarik lain yang wajib singgah adalah Walini hot springs serta ladang teh. Oleh kerana kawasan ini dikelilingi gunung-ganang memang sesuai untuk penanaman teh. Sebab itu Bandung juga terkenal dengan teh wanginya.

Info: Bayaran masuk kolam air-panas Ciwalini: Rp. 20,000 seorang 

Kolam air panas Walini
Ladang teh Walini
Tapi kami tak sempat singgah pun pasal perut dah lapar gilos...jadi Pak Nanang terus bawa kami ke restoren di Ciwidey. Dibelakang restoren tersebut ada kebun strawberry & mulberry....boleh petik sendiri dan beli ikut berat...

Senyuman ibunda didalam kelaparan....
Kebun belakang restoren
Diaorang ni memang rajin, celah2 rumah pun masih boleh bercucuk-tanam
Strawberry ni macam nak tanam kat rumah jek....

Mulberry...besor2 kat sini almaklum tanah lava...tp yg cek tanam kat rumah comel jek

Tak sempat ambil pic makan tengahari...pasal bila nampak makanan jek terus ngap macam pirahna....mmg sedap. Dengan ayam bakar yang comel (mmg diaorg tak ternak ayam bandar yg gemuk kot...semuanya kurus melidi), ulam-ulaman fresh petik dari pokok belakang restoren jek, sambal yg perghh...terangkat dan sayur asem dia mmg marvellous. Biasanya set macam ni diaorg panggil set komplit dan menunya sama ada ayam or ikan.

Jangan lupa bila melawat Indonesia mesti order teh Sosro yang famous. Tapi sebenarnya bila kita order set komplit diaorang hidangkan sekali "teh tawar" iaitu teh tarak gula. Jadi bergelen air teh ler aku minum... 
Beca sebagai pegangkutan awam 

Dokar atau kereta kuda

Gambar teh sosro jek yang sempat ambil...yg lain2 dah selamat berkubur dalam perut.
Kalau dah namanya pergi Bandung aka "syurga membeli-belah", tak sah kalau tak gi shopping. Walaupun sampai bandar agak petang, TETAPI kami sempat lagi ke Jalan Dago & Riau....
Berehat dikafe selepas letih melilau...tp belum borong apa2 lagi ek...
Esok anak-beranak ni ke Tangkuban Perahu....or mak kami panggil perahu terlungkup...heheheh

To be continued......