Monday, April 25, 2011

Mount Tamborine...masa untuk bergolek atas gunung...


Actually trip kali ni dah lama dibuat dalam tahun lepas...saya pun tak ingat masa bila. Mount Tamborine adalah salah satu pusat tarikan di Gold Coast...tak jauh pun dari Surfers Paradise. Memandu ke tempat ni pun cuma mengambil masa dalam 30-40 minit sahaja. Jalanraya dia ada sedikit mencabar bagi yang memandu tapi jangan risau ok..signage memang jelas. Sepanjang sepanjang perjalanan kita dapat melihat permandangan ladang-ladang anggur dan rumah-rumah yang ada pendiang serta juga hutan ala-ala tropika di Gold Coast ini. Tapi hutan-hutan kita di Malaysia tu lagilah menarik dan tebal jangan tak tau pulak hutan dan tanah di Malaysia tu adalah yang tertua didunia.

Di atas gunung ni kita boleh melihat permandangan seluruh Gold Coast sampai Strandbroke Island tapi kena pandai cari spotlah...kalau tidak melilau ler sampai belakang umah orang hahaha...(actually kitaorang ler tu..hehe).


Kedai-kedai dipusat komersial dia amat menarik..dan setiap bangunan dibina berbeza mengikut tema negara-negara di Eropah (Eropa..bak orang dulu-dulu sebut) seperti Jerman, Netherland & macam2 lagi.


Tempat ni memang terkenal dengan perlancongan vineries & breweries, so sesiapa nak rasa boleh jek tapi dosa tanggung sendiri dek noon akak tak tanggung ek...


Disini juga ada disediakan "Rainforest Skywalk" iaitu berjalan di atas jambatan gantung yang dikelilingi hutan tropika tapi jambatan dia mmg strong dan selamat. Tapi saya tak naik...gayat yang benarnya mungkin kalau nak naik pun kena pilih yang lagi mencabar kot hahaha....(macam kat Langkawi tu...sejuk kaki akak..)

Kalau nak info boleh browsing link ni ok. http://www.rainforestskywalk.com.au/pages/thewalk.html
http://www.tamborinemtncc.org.au/visiting/maps/mt-tamborine-maps.cfm

Jadi kami pun memilih untuk berjalan-jalan di Tamborine National Park sahaja. Pokok-pokok hutan dia pun unik dan dihujung perjalanan kami jumpa air terjun. Teringat kat satu mak cik ni semasa selisih jalan, beriya-iya dia kata "Lot of Water down there" maksudnya di kawasan air terjun tu banyak sungguh air...jadi kami pun terujalah ingatkan boleh mandi tetapi...errrmmm memang lagi hebat air terjun di Malaysialah hehehe...So kami sekadar jengok2 jek kat air terjur @ air pancur tu...


Apa-apa pun kami memang gembira and happy dapat lunch atas gunung ni....(sebenarnya tapau dari rumah)


Walaubagaimanapun memang seronok duduk atas gunung ni, selain udaranya bersih dan nyaman...persekitarannya sungguh tenang. Kalau buat penulisan atas gunung ni mesti banyak idea kan. Teringat kat kawan saya kalau nak discuss dengan lecturer dia kena naik Mount Tamborine ni pasal lecturer dia duduk kat kawasan ni...kalau saya jadi kawan saya tu, saya pun suka.....


From Stanthorpe With Love

Activity of the day yang paling saya suka....ayam masak merah sedap gilerr...
Happy betul gang bebudak sekolah ni main cak-cak kat ladang Apples ek...

Since cuti pun panjang during Easter break ni so our gang bas budak-budak sekolah pun buat trip ker Stanthorpe. Di Stanthorpe ni terkenal dengan tarikan buah-buahannya. Bolehlah menimba pengalaman petik buah-buahan seperti Epal, Anggur serta Strawberi dan jangan lupa beli juice Epal yang pure & tersangatlah sedapnya iaitu cap Sutton dan yang juice paling sedap berperisa Gala Apple following with Jonathan. Pakcik kat kedai tu boleh jek kasi try semua jenis lepas tu beli sebotol pun takper hehehehe.

On the way ke Stanthorpe tak jemu mata memandang...
Kincir angin...sempat snap gak
Tengok banjaran dan langit biru tu...macam diatas kanvas
Perjalanan daripada bandar Brisbane mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih dengan memandu (sebelum ni mengambil masa lebih kurang 5 jam tetapi dengan adanya jalan baru jadi kita boleh jimat 2 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan ke Stanthorpe kita akan disajikan dengan permandangan mukabumi Australia yang sangat menarik dan menawan kalbu. Dengan gunung-gunung serta ladang-ladang tanaman dan ternakan yang terbentang luas saujana mata memandang sungguh mengasyikkan. So banyaklah tempat yang boleh dilawati. Tapi sayang trip ni kira dah terlambat. The best season is EARLY MARCH. Pada masa tu buah-buahan pun baru masak ranum macam epal & anggur. So trip kali ni anggur pun dah kering...hish hish..cian kat kitaorang tapi takper sini banyak Vineyard...so leh tengok grapes kat tempat lain k.

Statue of Liberty at Stanthorpe which is an Apple
Awas.!!! Epal beracun untuk Snow White....yang sebenarnya ada siput kninzir...watch out guyss
Cantik tasik ni di Pekan Stanthorpe
On the way balik dah...matahari pun dah tenggelam

Boleh enjoy tengok gambar-gambar yang sempat dipetik dari trip kali ni.....Suka sangat jalan-jalan kan....





Good Friday or Easter Holiday + ANZAC Day...





It's been long holiday started by Good Friday on 22 April 2011 than following with Easter Holiday and ANZAC day celebration on 25 April 2011. Apa yang Aussie raikan during Good Friday adalah memperingati Jesus yang disalib pada hari tersebut....tapi sebagai orang Islam kita lebih meyayangi Nabi Isa a.s. dan memperingatinya antara Nabi dan Rasul yang wajib kita ketahui yang akan kembali suatu hari nanti dan yang akan membaiahkan Iman Mahdi iaitu Khalifah yang akan muncul diakhir zaman...

Oklah kita bukan nak citer pasal Easter ni. Tapi bolehlah sikit2. Biasanya diaorang makan telur on this day...dan telur tu diwarnakan dengan macam-macam bentuk..really nice. Tapi sekarang syarikat pengeluar coklat telah mengkomersialkan telur dan dijual dalam bentuk coklat. Jadi boleh terus makan coklat telur. Saya pun suka makan telur coklat ni especially jenis Lindt...eerrrmm kalau dah makan nak lagi dan lagi hahaha...abis diet gue. Tapi yang kelakornya tanyalah gak dengan kawan-kawan Aussie apa signifikasinya (maaf yer kalau salah eja) telur yang berkaler dan juga Arnab dengan hari Easter ni. Diaorang pun bantai gelak dan tak sure. Paling pun diaorang boleh kasi jawapan adalah ini adalah business matter....emmrrmm memang pun....

Wokey, kita ceciter lak pasal ANZAC day. Ni info yang saya quote daripada wikipedia:

"Anzac Day is a national day of remembrance in Australia and New Zealand, and is commemorated by both countries on 25 April every year to honour members of the Australian and New Zealand Army Corps (ANZAC) who fought at Gallipoli in Turkey during World War I. It now more broadly commemorates all those who died and served in military operations for their countries"






Kiranya kita di Malaysia adalah meraikan "Hari Pahlawan". Masalahnya disini kita sendiri pun tak pasti bila tarikh keramat tu dan saluran media seperti siaran televisi dan radio tidak memainkan peranan dalam memperingati hari tersebut...what a sad day. Itulah orang kita, bukan nak cakap pada orang tapi kena pada batang hidung sendiri jugalah ni. Kita ni tak ambil kisah pun dan kurang peduli dengan apa yang berlaku terhadap perwira-perwira yang telah memperjuangkan kemerdekaan serta mengorbankan jiwa, raga mereka serta bermandikan darah bagi mempertahankan bumi bertuah iaitu Tanah Melayu itu sendiri.

Sungguh berlainan dengan suasana di Australia yang menjadikan ANZAC day sebagai acara kebangsaan yang penting. Disini menjadi tradisi dimana setiap bandar serta daerah akan mengadakan upacara memperingati pejuang-pejuang mereka (walaupun berperang diatas political reason, bukan mempertahankan bumi tumpah darah mereka pun). Mereka akan mengadakan upacara seawal subuh dengan berkumpul dan memberi penghormatan di tugu-tugu pahlawan mereka atau dikenali sebagai "Commemeration for ANZAC Day during Dawn" Selepas tu setiap tempat mengadakan upacara perbarisan or marching dimana bekas-bekas askar, jururawat, doktor serta mereka yang terlibat semasa perang dunia pertama dan kedua, serta turut terlibat didalam perang di Afghanistan & Iraq. Mereka adalah terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan yang menariknya rata-ratanya adalah warga emas dan masih sihat serta segak bergaya membuat lintas hormat dan didada mereka tersemat pingat-pingat penghormatan diatas pengorbanan mereka. Disini ANZAC Day merupakan antara acara tahunan terbesar yang diraikan disetiap tempat dengan sambutan yang sungguh meriah memberi makna dan keinsafan terutamanya generasi muda yang tidak melalui pengalaman dizaman perang.

Berbanding dengan sambutan Hari Pahlawan di negara kita sendiri perlulah diberi penekanan yang sewajarnya sebagaimana kita menyambut hari Kemerdekaan tanahair. Pada saya kita perlu menyelami apa makna perjuangan yang diperjuangkan oleh pahlawan-pahlawan tanahair yang rata-ratanya berbangsa Melayu itu sendiri dalam mempertahankan kedaulatan negara. Dengan sambutan yang sebegini membuatkan setiap rakyat dan generasi muda faham apa makna perjuangan ini dan faham sejarah yang membentuk negara Malaysia pada masa kini. Kalau ingin mencapai 1Malaysia kita perlu juga memupuk semangat cintakan negara melalui kefahaman terhadap perjuangan bangsa ini. We should learn from Aussie by honouring the veteran and respect to those died armies whose fought for their country......


Saturday, April 2, 2011

You Can Swim But Within The Flags! OK



Mandilah antara bendera merah kuning saja yer...



Kalau nak mandi kat GC ni kenalah mandi kat tempat-tempat yang ada bendera kuning merah. Lifesavers akan kibarkan bendera tertentu dan perbezaan warna melambangkan maksud tertentu. Macam dalam foto pertama tu. Bendera merah kuning maksudnya selamat untuk mandi dan arus takler deras sangat...so selamat untuk keluarga serta kanak-kanak mandi. Tapi kalau dah keluar bendera warna merah maksudnya arusnya sangat deras jadi berhati-hatilah or better don't take risk to swim on the beach at this time....dangerous. 


Kalau warna biru tu maksudnya kawasan yang dibenarkan untuk surfers meluncur or surfing. So diaorang tak ler kacau kawasan awam bermandi-manda.
Surfers jangan nak masuk kawasan awam mandi ok, korang boleh surfing dimana-mana saja
Yang paling best kat sini sentiasa ada lifesavers yang sentiasa memantau dan sangat cekap mengambil tindakan kalau ada apa-apa masalah yang berlaku. So diaorang akan bekerja dari pukul 9.00 am sampai 5.00 pm. Kebanyakkan mereka ni pun volunteer basis tak der gaji so kita respect gaklah kat diaorang ni. Selain tu diaorang pun akan menggunakan kenderaan seperti jet-ski, boat atau helicopter dalam operasi menyelamat.
In case ada emergency biasanya diaorang terus lari dan capai  surfing board ni

Lifeguard Tower tapi biasanya diaorang standby kat dalam truck
Lagi satu diaorang sentiasa akan update informasi mengenai keadaan air laut. Boleh tengok kat foto yang tunjuk papan info mana diaorang akan maklumkan suhu air laut, masa air pasang dan surut serta keadaan arus. So at least kita ada idea macamana keadaan air laut masa tu.
Jangan tak baca info pasal air laut ni, masa pasang surut, suhu air & keadaan ombak
Kemudahan lain kat pantai diaorang ni memang OK. Public toilet sentiasa bersih dan ada paper (hehehe pasal omputih ni tak tau cuci pakai air lepas berhajat... jadi sapa yang concern standby ler air dalam botol buat istinjak....). Tempat mandi air tawar pun ada dan biasanya open untuk bilas badan....tapi  dipantai-pantai utama diaorang memang ada sediakan tempat tertutup untuk tukar baju dan biasanya attach dengan public toilet. So jangan bimbanglah kalau ke GC ni pergilah menikmati air Lautan Pasifik ni.....dan highly recommendation during summer time...perghh best.... Tapi  kalau rasa-rasa nak mandi time winter  pun boleh jek....tetapi  awas kalau beku tanggung sendiri or pakailah surfing suit for whole body so boleh hangatkan badan.

Apa- apa pun akak  ingatkan "SWIM WITHIN THE FLAGS"