Monday, August 31, 2015

Makam Habib Noh, Singapura @ Singapore

Makam Habib Noh, dari pandangan kiri & dari tempat meletak kereta
Memang dah lama nak melawat Makam Habib Noh yang terletak di Palmer Road, Tanjung Pagar, Singapore...sesiapa yang tahu dia adalah wali Allah dan mempunyai banyak keramah dan sangat di disegani. Berikut serba sedikit biografi mengenai Habib Noh ini yang dipetik keseluruhannya daripada laman FB The Patriot dan ditulis oleh Ratu K-pop sejarah Srikandi....

HABIB NUH
Ada satu makam yang amat terkenal di Palmer Road,Tanjong Pagar di Singapura.Makam ini adalah milik seorang wali Allah yang amat disegani oleh masyarakat Muslim Singapura terutama di kalangan orang Melayu.Namanya ialah Habib Nuh.
Nama penuh beliau ialah As-Sayyid Habib Nuh bin Muhammad Al-Habsyi. Beliau sebenarnya pernah tinggal Kedah sebelum berhijrah ke Singapura.Beliau berketurunan Arab berasal dari Yaman dan asal-usul keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a.Bapa beliau,Syed Muhammad Al Habsyi dikatakan pernah berkhidmat dengan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II yang dimasanya terjadi penjajahan Siam sekejap ke atas Kedah dan plot Tunku Anum menjadi perisik ke Ligor dalam usaha membebaskan Kedah dari Siam.
Dari perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang,mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya berkahwin dengan Syed Muhammad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Nuh hanya seorang cucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwi bin Ali Aljunied dan mereka mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah, Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah.
Habib Nuh ini memang terkenal warak dan selalu berjalan ke negeri-negeri Melayu terutamanya Johor untuk berdakwah.Waktu malamnya dihidupkan dengan solat malam sampai ke fajar.
Habis bab biografi.Sekarang Srikandi nak cerita keberanian Habib Nuh berdepan dengan Residen Singapura waktu itu,John Crawfurd yang berasal dari Scotland,dilantik menjadi Residen Singapura pada tahun 1823.

John Crawfurd ni biasalah macam perangai pegawai-pegawai Inggeris yang lain,suka dihormati dan dipatuhi oleh orang-orang yang di bawahnya.Dia akan marah jika ada orang yang tidak tunduk hormat bila lalu di hadapannya.
Jadi satu hari gabenor Singapura ini hot temper.Masalahnya ialah Habib Nuh tidak memberinya hormat sebagaimana orang lain.
Bagi Habib Nuh,beliau tidak suka memberikan penghormatan kepada orang yang angkuh dan semata-mata hebat keduniaannya.Walaupun rakyat Singapura rata-rata takut kepada gabenor itu,Habib Nuh rileks je.

John Crawfur pun mengherdik dan menghina Habib Nuh.Akibatnya kereta kuda residen Inggeris itu seolah-olah terlekat ke bumi.John Crawfurd naik marah dan bertanyakan hal itu kepada pengiringnya. Tetapi pengiring itu bertanya kepada tuannya,
“Tahukah tuan siapakah orang yang tuan marah dan hina itu?”
Crawfurd menjawab, “Itu orang gila.”
“Sebenarnya dia bukan gila tetapi dia orang baik dan ada karamah. Lihat, bila tuan marah kepada dia, dia sumpah dan sekarang kereta tuan tidak dapat bergerak,” jelas pengiringnya.
John Crawfurd menjadi takut dan akhirnya meminta maaf dengan Habib Nuh. Setelah Habib Nuh menepuk-nepuk kaki kuda itu, barulah kuda itu berjalan pantas seperti biasa.
Tapi biasalah,John Crawfurd masih tak puas hati dengan Habib Nuh.Suatu hari dia perintahkan polis tangkap Habib Nuh dan sumbat dalam penjara.Tapi anehnya,para pengawal penjara terserempak dengan wali Allah itu rileks je ronda-ronda kat luar penjara tanpa dirantai sedikit pun.Apa lagi,mereka tangkap balik dan sumbat dalam penjara.Alih-alih,nampak lagi Habib Nuh bersiar-siar dengan selamba kat halaman penjara.Akhirnya mereka menyerah kalah dan membiarkan Habib Nuh bebas sesuka hatinya.
Kebanyakan orang di Singapura terutamanya orang Melayu di sana tahu akan kisah wasiat Habib Nuh yang ingin dikebumikan di sebuah bukit di Palmer Road.Pernah suatu ketika kerajaan Singapura mahu memindahkan makam ini untuk membina lebuhraya.Kerajaan Ultrakiasu ini tidak mengendahkan rayuan umat Islam Singapura.Jika istana dan rumah-rumah kerabat sultan pun berjaya diusik apatah lagi makam seperti itu.Namun jentolak yang ingin memindahkan makam ini tiba-tiba tidak berfungsi setiap kali mahu menyodok makam Habib Nuh.Akhirnya kerajaan Singapura mengalah dan hanya melencongkan lebuhraya.Tanah sekitar bukit itu pun malah ditambak sehinggakan dahulunya orang ramai menganggap ombak laut akan memusnahkan makam itu,kini makam itu tetap terpelihara dengan selamat.
Inilah dia tokoh yang patut kita contohi.Masa hidupnya tak takut dengan orang kafir (British) walau orang kafir tu ada kuasa dan harta yang luarbiasa.Orang yang hatinya tunduk pada Allah,semua makhluk tunduk pada dia.Tapi manusia yang takutkan manusia lain pasal manusia itu banyak harta dan pangkat maka dia akan jadi hina dina.Apatah lagi mengemis undi tak kunjung tiba.Lagi akan dihina dan diinjak-injak manusia lain.
Dari semasa hidup sampai meninggal dunia,orang kafir segan dan takberani nak usik Habib Nuh hatta makamnya sekali.
Habib Nuh ni memang legend di Singapura.Kita tak perlukan 1000 orang macam punasihat 25 persen.Memang jahanam satu bangsa.Kita hanya perlukan sorang sahaja macam Habib Nuh ini.Seorang sahaja Habib Nuh dah menggentarkan Inggeris dan makamnya sahaja menggerunkan ultrakiasu .


~Srikandi


Lawatan sekeluarga, Alhamdulillah walaupun berpusing-pusing gak ler nak jumpa

Terletak bersebelahan ECP highway 


Palmer Road

Banyak juga burung-burung merpati dihadapan makam


Di sebelah Makam pun ada Masjid untuk para pengunjung

Sayang ooii...u know who is he??? UntieNa will tell you the story

Not sure photo siapa yang tergantung di dinding dalam makam

Inilah Makam Habib Noh...Al-Fatihah

Sebahagian permandangan Kota Singapura di bahagian luar makam

Friday, August 28, 2015

Bandung....Jalan-Jalan dengan Mak (Part 2)



Tangkuban Perahu, Bandung (Part 2)

Hari ke 3,

Tangkuban Perahu (Perahu Terlungkup bak kata Mak Jah LOL)....aku datang....

Seumur hidup inilah pengalaman pertama melawat kawah gunung perapi yang masih aktif...kalaulah meletus masa ni...mana nak lari ek.....

Ada nampak macam perahu terlungkup tak....
Tangkuban Perahu ini terkenal dengan lagendanya Sangkuriang dan Dayang Sumbi. Kejadian perahu terlungkup ini berlaku bila Sangkuriang ingin mengahwini sendiri ibunya Dayang Sumbi. Ibunya hanya mengenal pasti Sangkuriang itu anaknya sendiri yang hilang dihutan setelah terlihat luka di kepada Sangkuriang. Oleh kerana marah kerana Dayang Sumbi tidak mahu mengahwininya, Sangkuriang menendang perahu yang sedang diusahakan hingga melambung ke puncak gunung dan terlangkup disitu.....nak tau lagi pi Google. Dulu pun ada dibuat sebuah filem kisah lagenda ni bertajuk Sangkuriang, pelakonnya Barry Prima...masa ni kira abang Sado versi Indonesia pada tahun 80an hehehe.


Permandangan disepanjang perjalanan....sangat memtenteramkan jiwa

Pokok-pokok tinggi untuk iklim sejuk dan biasanya tumbuh di tanah tinggi


Hujan rintik-rintik menyambut ketibaan kami anak beranak

Tarif untuk masuk kekawasan kawah Tangkuban Perahu seperti di bawah tetapi difahamkan pada tahun 2015 telah dinaikkan kadar tarifnya. Bagi pengunjung nusantara maksudnya local visitor harganya telah naik dr Rp.15,000 kepada Rp.20,000 manakala bagi pengunjung dari luar negara daripada Rp. 100,000 naik berganda kepada Rp. 200,000. Tetapi oleh keran kami menggunakan perkhidmatan Pak Supir, kita minta Pak Supir belikan tiket jadi harganya seperti pengunjung tempatan...tambahan muka pun sama jek macam orang Indonesia....

Tetapi tarif ini hanyalah untuk hari biasa, kalau hari cuti mahal lagi tarif yang dikenakan. 

tiket-masuk-tangkuban-perahu-2015-tempat-wisata-di-bandung

Inilah kawah Tangkuban Perahu tu

Tumbuhan unik disekitar kawasan kawah



Pokok-pokok kayu yang unik disekitar kawah
Daun pokok yang dikatakan sebahagian diet Dayang Sumbi untuk awet muda...nak awet muda makanlah daun ni...


Wajib ambik gambar banyak-banyar yer. Memang cantik sekitar kawasan kawah Tangkuban Perahu ni, tetapi bau sulfurnya agak menyengat jugak. Bagi yang tak tahan dengan baunya, sila pakai penutup hidung. Di kawasan ini banyak peniaga-peniaga yang meniaga cenderahati. Biasanya mereka akan berbual mesra dengan pengunjung sambil memberi penerangan disekitar kawasan kawah dan menawarkan diri untuk mengambil gambar. Tetapi sebenarnya mereka menjual cenderamata seperti fridge magnet, kay-chain dan sebagainya pada harga yang agak mahal. Jadi pengunjung perlu berhati-hati. Tetapi mereka tidak akan mengambil wang jika kita memberi sebarang upah atau derma, atau kalau kesian belilah barangan jualan mereka walaupun pada harga yang berkali-kali berganda.

Kawah Ratu
Perlu menurun tangga yang agak curam untuk sampai ke jarak yang lebih dekat di Kawah Ratu. Tetapi sepanjang perjalanan kita akan melewati gerai-gerai jualan cerderahati dan warung makanan untuk ke arah Kawah Ratu ini.


Nampak tak sign tu Kawah Ratu...been here!!!

Batu-batu hitam dari perut bumi akan bertebaran terjadinya letusan 
Kayu bercorak yang di jadikan barangan perhiasan 
Batang kayu asal mempunyai corak yang unik terdapat di sekitar kawasan ini

Sulfur yang telah mengeras

Asap sudah mula naik dan awan kembali gelap menyebabkan kabus yang makin menebal
Jarak yang paling dekat ke kawasan kawah...perlu menuruni berapa tangga
Peta Tangkuban Perahu
Gambar wajib rombongan Cik Kiah ke Bandung....
Di sini puncak gunung ini juga terdapat kemudahan masjid untuk bersembahyang serta tandas. Kebetulan lawatan kami ini pada hari Jumaat, jadi Pak Nanang yang menjadi supir kami pergi bersembahyang Jumaat disini.

Usai Zohor...kita turun, perut pun dah keroncong...kita wajib pi makan....time ni masih sempat ambik gambar makanan... Otw turun boleh juga melawat ladang teh yang berdekatan serta kebun strawberry. Tapi tujuan utama untuk bershopping belum menampakkan hasil....kita orang sepakat untuk memusing sekitar bandar Bandung untuk SHOPPING!!!!!!! wooohoooo

Apa lagi ambil nasi komplit dengan ayam kurusnya dan sambal ngetopnya

Wajib order, sayur asem...pergh...sempoi!!!!!

Semoga bertemu kembali Bandung...Cold &Great Family Gateway+++ shopping heaven....