Tuesday, September 1, 2015

Masjid Temenggung Daeng Ibrahim, Johor di Singapura

Sesiapa yang nak ke Singapura dan melalui Second Link, Tuas dan menuju ke kota Singapura bolehleh singgah sebentar untuk solat dan melawat diantara tanah terakhir milik kerajaan Melayu Johor moden. Ianya terletak di Telok Blangah Road. 

Senang cerita betul-betul berhadapan Vivo City (shopping mall yang ada segala bagai barang untuk pelaburan yang memunahkan hehehe). Selain tu sesiapa yang nak happy-happy ke taman tema femes Universal Studio di Pulau Sentosa tu, masjid ni sangat berdekatan ke simpang nak masuk ke jalan taman tema tu. 

Jangan terperanjat, bendera Johor berkibar megah disini kerana kawasan ini masih didalam jajahan tanah Johor dan diselenggara oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). 

Di bawah ada gambar kegunaan asal di atas tanah tersebut iaitu Istana Temenggung yang 30 tahun lebih awal pembinaannya daripada Istana Kg. Gelam yang sekarang dah jadi Malay Heritage Centre.

This Palace were built by Temenggong Abdul Rahman and his followers sometime in 1824 in the slope of Teluk Blanga's Hill,
 sourced from Mo Razzi, 
http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/

Walaubagaimanapun pada tahun 1868 telah ditukar kegunaan sebagai Masjid Temenggung setelah pusat pentadbiran Johor di pindahkan ke Tanjung Puteri dan sehingga sekarang masih dibawah seliaan Kerajaan Johor.

Papan tanda yang terbaharu

Ruangan sembahyang wanita
Makam-makan kerabat raja Johor lama yang terletak bersebelahan masjid

Ruangan Mimbar masjid

Berehat sebentar di luar masjid...sayang oooiii tu masjid still nak "Peace Yo!!"

No comments:

Post a Comment