Friday, August 28, 2015

Bandung....Jalan-Jalan dengan Mak (Part 2)



Tangkuban Perahu, Bandung (Part 2)

Hari ke 3,

Tangkuban Perahu (Perahu Terlungkup bak kata Mak Jah LOL)....aku datang....

Seumur hidup inilah pengalaman pertama melawat kawah gunung perapi yang masih aktif...kalaulah meletus masa ni...mana nak lari ek.....

Ada nampak macam perahu terlungkup tak....
Tangkuban Perahu ini terkenal dengan lagendanya Sangkuriang dan Dayang Sumbi. Kejadian perahu terlungkup ini berlaku bila Sangkuriang ingin mengahwini sendiri ibunya Dayang Sumbi. Ibunya hanya mengenal pasti Sangkuriang itu anaknya sendiri yang hilang dihutan setelah terlihat luka di kepada Sangkuriang. Oleh kerana marah kerana Dayang Sumbi tidak mahu mengahwininya, Sangkuriang menendang perahu yang sedang diusahakan hingga melambung ke puncak gunung dan terlangkup disitu.....nak tau lagi pi Google. Dulu pun ada dibuat sebuah filem kisah lagenda ni bertajuk Sangkuriang, pelakonnya Barry Prima...masa ni kira abang Sado versi Indonesia pada tahun 80an hehehe.


Permandangan disepanjang perjalanan....sangat memtenteramkan jiwa

Pokok-pokok tinggi untuk iklim sejuk dan biasanya tumbuh di tanah tinggi


Hujan rintik-rintik menyambut ketibaan kami anak beranak

Tarif untuk masuk kekawasan kawah Tangkuban Perahu seperti di bawah tetapi difahamkan pada tahun 2015 telah dinaikkan kadar tarifnya. Bagi pengunjung nusantara maksudnya local visitor harganya telah naik dr Rp.15,000 kepada Rp.20,000 manakala bagi pengunjung dari luar negara daripada Rp. 100,000 naik berganda kepada Rp. 200,000. Tetapi oleh keran kami menggunakan perkhidmatan Pak Supir, kita minta Pak Supir belikan tiket jadi harganya seperti pengunjung tempatan...tambahan muka pun sama jek macam orang Indonesia....

Tetapi tarif ini hanyalah untuk hari biasa, kalau hari cuti mahal lagi tarif yang dikenakan. 

tiket-masuk-tangkuban-perahu-2015-tempat-wisata-di-bandung

Inilah kawah Tangkuban Perahu tu

Tumbuhan unik disekitar kawasan kawah



Pokok-pokok kayu yang unik disekitar kawah
Daun pokok yang dikatakan sebahagian diet Dayang Sumbi untuk awet muda...nak awet muda makanlah daun ni...


Wajib ambik gambar banyak-banyar yer. Memang cantik sekitar kawasan kawah Tangkuban Perahu ni, tetapi bau sulfurnya agak menyengat jugak. Bagi yang tak tahan dengan baunya, sila pakai penutup hidung. Di kawasan ini banyak peniaga-peniaga yang meniaga cenderahati. Biasanya mereka akan berbual mesra dengan pengunjung sambil memberi penerangan disekitar kawasan kawah dan menawarkan diri untuk mengambil gambar. Tetapi sebenarnya mereka menjual cenderamata seperti fridge magnet, kay-chain dan sebagainya pada harga yang agak mahal. Jadi pengunjung perlu berhati-hati. Tetapi mereka tidak akan mengambil wang jika kita memberi sebarang upah atau derma, atau kalau kesian belilah barangan jualan mereka walaupun pada harga yang berkali-kali berganda.

Kawah Ratu
Perlu menurun tangga yang agak curam untuk sampai ke jarak yang lebih dekat di Kawah Ratu. Tetapi sepanjang perjalanan kita akan melewati gerai-gerai jualan cerderahati dan warung makanan untuk ke arah Kawah Ratu ini.


Nampak tak sign tu Kawah Ratu...been here!!!

Batu-batu hitam dari perut bumi akan bertebaran terjadinya letusan 
Kayu bercorak yang di jadikan barangan perhiasan 
Batang kayu asal mempunyai corak yang unik terdapat di sekitar kawasan ini

Sulfur yang telah mengeras

Asap sudah mula naik dan awan kembali gelap menyebabkan kabus yang makin menebal
Jarak yang paling dekat ke kawasan kawah...perlu menuruni berapa tangga
Peta Tangkuban Perahu
Gambar wajib rombongan Cik Kiah ke Bandung....
Di sini puncak gunung ini juga terdapat kemudahan masjid untuk bersembahyang serta tandas. Kebetulan lawatan kami ini pada hari Jumaat, jadi Pak Nanang yang menjadi supir kami pergi bersembahyang Jumaat disini.

Usai Zohor...kita turun, perut pun dah keroncong...kita wajib pi makan....time ni masih sempat ambik gambar makanan... Otw turun boleh juga melawat ladang teh yang berdekatan serta kebun strawberry. Tapi tujuan utama untuk bershopping belum menampakkan hasil....kita orang sepakat untuk memusing sekitar bandar Bandung untuk SHOPPING!!!!!!! wooohoooo

Apa lagi ambil nasi komplit dengan ayam kurusnya dan sambal ngetopnya

Wajib order, sayur asem...pergh...sempoi!!!!!

Semoga bertemu kembali Bandung...Cold &Great Family Gateway+++ shopping heaven....

No comments:

Post a Comment