Monday, April 25, 2011

Mount Tamborine...masa untuk bergolek atas gunung...


Actually trip kali ni dah lama dibuat dalam tahun lepas...saya pun tak ingat masa bila. Mount Tamborine adalah salah satu pusat tarikan di Gold Coast...tak jauh pun dari Surfers Paradise. Memandu ke tempat ni pun cuma mengambil masa dalam 30-40 minit sahaja. Jalanraya dia ada sedikit mencabar bagi yang memandu tapi jangan risau ok..signage memang jelas. Sepanjang sepanjang perjalanan kita dapat melihat permandangan ladang-ladang anggur dan rumah-rumah yang ada pendiang serta juga hutan ala-ala tropika di Gold Coast ini. Tapi hutan-hutan kita di Malaysia tu lagilah menarik dan tebal jangan tak tau pulak hutan dan tanah di Malaysia tu adalah yang tertua didunia.

Di atas gunung ni kita boleh melihat permandangan seluruh Gold Coast sampai Strandbroke Island tapi kena pandai cari spotlah...kalau tidak melilau ler sampai belakang umah orang hahaha...(actually kitaorang ler tu..hehe).


Kedai-kedai dipusat komersial dia amat menarik..dan setiap bangunan dibina berbeza mengikut tema negara-negara di Eropah (Eropa..bak orang dulu-dulu sebut) seperti Jerman, Netherland & macam2 lagi.


Tempat ni memang terkenal dengan perlancongan vineries & breweries, so sesiapa nak rasa boleh jek tapi dosa tanggung sendiri dek noon akak tak tanggung ek...


Disini juga ada disediakan "Rainforest Skywalk" iaitu berjalan di atas jambatan gantung yang dikelilingi hutan tropika tapi jambatan dia mmg strong dan selamat. Tapi saya tak naik...gayat yang benarnya mungkin kalau nak naik pun kena pilih yang lagi mencabar kot hahaha....(macam kat Langkawi tu...sejuk kaki akak..)

Kalau nak info boleh browsing link ni ok. http://www.rainforestskywalk.com.au/pages/thewalk.html
http://www.tamborinemtncc.org.au/visiting/maps/mt-tamborine-maps.cfm

Jadi kami pun memilih untuk berjalan-jalan di Tamborine National Park sahaja. Pokok-pokok hutan dia pun unik dan dihujung perjalanan kami jumpa air terjun. Teringat kat satu mak cik ni semasa selisih jalan, beriya-iya dia kata "Lot of Water down there" maksudnya di kawasan air terjun tu banyak sungguh air...jadi kami pun terujalah ingatkan boleh mandi tetapi...errrmmm memang lagi hebat air terjun di Malaysialah hehehe...So kami sekadar jengok2 jek kat air terjur @ air pancur tu...


Apa-apa pun kami memang gembira and happy dapat lunch atas gunung ni....(sebenarnya tapau dari rumah)


Walaubagaimanapun memang seronok duduk atas gunung ni, selain udaranya bersih dan nyaman...persekitarannya sungguh tenang. Kalau buat penulisan atas gunung ni mesti banyak idea kan. Teringat kat kawan saya kalau nak discuss dengan lecturer dia kena naik Mount Tamborine ni pasal lecturer dia duduk kat kawasan ni...kalau saya jadi kawan saya tu, saya pun suka.....


No comments:

Post a Comment