Monday, April 25, 2011

Good Friday or Easter Holiday + ANZAC Day...





It's been long holiday started by Good Friday on 22 April 2011 than following with Easter Holiday and ANZAC day celebration on 25 April 2011. Apa yang Aussie raikan during Good Friday adalah memperingati Jesus yang disalib pada hari tersebut....tapi sebagai orang Islam kita lebih meyayangi Nabi Isa a.s. dan memperingatinya antara Nabi dan Rasul yang wajib kita ketahui yang akan kembali suatu hari nanti dan yang akan membaiahkan Iman Mahdi iaitu Khalifah yang akan muncul diakhir zaman...

Oklah kita bukan nak citer pasal Easter ni. Tapi bolehlah sikit2. Biasanya diaorang makan telur on this day...dan telur tu diwarnakan dengan macam-macam bentuk..really nice. Tapi sekarang syarikat pengeluar coklat telah mengkomersialkan telur dan dijual dalam bentuk coklat. Jadi boleh terus makan coklat telur. Saya pun suka makan telur coklat ni especially jenis Lindt...eerrrmm kalau dah makan nak lagi dan lagi hahaha...abis diet gue. Tapi yang kelakornya tanyalah gak dengan kawan-kawan Aussie apa signifikasinya (maaf yer kalau salah eja) telur yang berkaler dan juga Arnab dengan hari Easter ni. Diaorang pun bantai gelak dan tak sure. Paling pun diaorang boleh kasi jawapan adalah ini adalah business matter....emmrrmm memang pun....

Wokey, kita ceciter lak pasal ANZAC day. Ni info yang saya quote daripada wikipedia:

"Anzac Day is a national day of remembrance in Australia and New Zealand, and is commemorated by both countries on 25 April every year to honour members of the Australian and New Zealand Army Corps (ANZAC) who fought at Gallipoli in Turkey during World War I. It now more broadly commemorates all those who died and served in military operations for their countries"






Kiranya kita di Malaysia adalah meraikan "Hari Pahlawan". Masalahnya disini kita sendiri pun tak pasti bila tarikh keramat tu dan saluran media seperti siaran televisi dan radio tidak memainkan peranan dalam memperingati hari tersebut...what a sad day. Itulah orang kita, bukan nak cakap pada orang tapi kena pada batang hidung sendiri jugalah ni. Kita ni tak ambil kisah pun dan kurang peduli dengan apa yang berlaku terhadap perwira-perwira yang telah memperjuangkan kemerdekaan serta mengorbankan jiwa, raga mereka serta bermandikan darah bagi mempertahankan bumi bertuah iaitu Tanah Melayu itu sendiri.

Sungguh berlainan dengan suasana di Australia yang menjadikan ANZAC day sebagai acara kebangsaan yang penting. Disini menjadi tradisi dimana setiap bandar serta daerah akan mengadakan upacara memperingati pejuang-pejuang mereka (walaupun berperang diatas political reason, bukan mempertahankan bumi tumpah darah mereka pun). Mereka akan mengadakan upacara seawal subuh dengan berkumpul dan memberi penghormatan di tugu-tugu pahlawan mereka atau dikenali sebagai "Commemeration for ANZAC Day during Dawn" Selepas tu setiap tempat mengadakan upacara perbarisan or marching dimana bekas-bekas askar, jururawat, doktor serta mereka yang terlibat semasa perang dunia pertama dan kedua, serta turut terlibat didalam perang di Afghanistan & Iraq. Mereka adalah terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan yang menariknya rata-ratanya adalah warga emas dan masih sihat serta segak bergaya membuat lintas hormat dan didada mereka tersemat pingat-pingat penghormatan diatas pengorbanan mereka. Disini ANZAC Day merupakan antara acara tahunan terbesar yang diraikan disetiap tempat dengan sambutan yang sungguh meriah memberi makna dan keinsafan terutamanya generasi muda yang tidak melalui pengalaman dizaman perang.

Berbanding dengan sambutan Hari Pahlawan di negara kita sendiri perlulah diberi penekanan yang sewajarnya sebagaimana kita menyambut hari Kemerdekaan tanahair. Pada saya kita perlu menyelami apa makna perjuangan yang diperjuangkan oleh pahlawan-pahlawan tanahair yang rata-ratanya berbangsa Melayu itu sendiri dalam mempertahankan kedaulatan negara. Dengan sambutan yang sebegini membuatkan setiap rakyat dan generasi muda faham apa makna perjuangan ini dan faham sejarah yang membentuk negara Malaysia pada masa kini. Kalau ingin mencapai 1Malaysia kita perlu juga memupuk semangat cintakan negara melalui kefahaman terhadap perjuangan bangsa ini. We should learn from Aussie by honouring the veteran and respect to those died armies whose fought for their country......


2 comments:

  1. yang sedihnya adalah anzac day diorg meraikan kemenangan atas kekalahan kerajaan turki uthmaniyah di turki. kesedihan bagi umat islam

    ReplyDelete
  2. Ainne,

    Yup that true....that is the simbolic behind of this & happened at Gallipolli, Turkey. Itulah sistem khalifah Islam yg terakhir...sedihkan...

    ReplyDelete