Monday, April 25, 2011

From Stanthorpe With Love

Activity of the day yang paling saya suka....ayam masak merah sedap gilerr...
Happy betul gang bebudak sekolah ni main cak-cak kat ladang Apples ek...

Since cuti pun panjang during Easter break ni so our gang bas budak-budak sekolah pun buat trip ker Stanthorpe. Di Stanthorpe ni terkenal dengan tarikan buah-buahannya. Bolehlah menimba pengalaman petik buah-buahan seperti Epal, Anggur serta Strawberi dan jangan lupa beli juice Epal yang pure & tersangatlah sedapnya iaitu cap Sutton dan yang juice paling sedap berperisa Gala Apple following with Jonathan. Pakcik kat kedai tu boleh jek kasi try semua jenis lepas tu beli sebotol pun takper hehehehe.

On the way ke Stanthorpe tak jemu mata memandang...
Kincir angin...sempat snap gak
Tengok banjaran dan langit biru tu...macam diatas kanvas
Perjalanan daripada bandar Brisbane mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih dengan memandu (sebelum ni mengambil masa lebih kurang 5 jam tetapi dengan adanya jalan baru jadi kita boleh jimat 2 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan ke Stanthorpe kita akan disajikan dengan permandangan mukabumi Australia yang sangat menarik dan menawan kalbu. Dengan gunung-gunung serta ladang-ladang tanaman dan ternakan yang terbentang luas saujana mata memandang sungguh mengasyikkan. So banyaklah tempat yang boleh dilawati. Tapi sayang trip ni kira dah terlambat. The best season is EARLY MARCH. Pada masa tu buah-buahan pun baru masak ranum macam epal & anggur. So trip kali ni anggur pun dah kering...hish hish..cian kat kitaorang tapi takper sini banyak Vineyard...so leh tengok grapes kat tempat lain k.

Statue of Liberty at Stanthorpe which is an Apple
Awas.!!! Epal beracun untuk Snow White....yang sebenarnya ada siput kninzir...watch out guyss
Cantik tasik ni di Pekan Stanthorpe
On the way balik dah...matahari pun dah tenggelam

Boleh enjoy tengok gambar-gambar yang sempat dipetik dari trip kali ni.....Suka sangat jalan-jalan kan....





No comments:

Post a Comment